Jom pi kuliah
Terakhir dikemaskini (Ahad, 15 Ogos 2010 00:40) Ditulis oleh fuadi Ahad, 15 Ogos 2010 00:37

Jangan ‘ganggu’ tanah pertanian, pastikan bekalan makanan mencukupi
Terakhir dikemaskini (Rabu, 28 Julai 2010 22:54) Ditulis oleh Siti Zaleha Abdul Rahim ( www.kedah.gov.my ) Rabu, 28 Julai 2010 22:45
BANDAR BAHARU – Kerajaan negeri tidak menyekat pembangunan hartanah di Kedah, cuma perlu mempastikan tanah untuk pertanian tidak ‘diganggu’ bagi memastikan bekalan makanan mencukupi selaras pertambahan penduduk.
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan menyatakan bahawa di bawah agenda pertanian, kerajaan negeri sedang giat membangunkan tanah-tanah di Kedah bagi merealisasikan Kedah sebagai Belanda Timur.
Melalui pertanian, secara tidak langsung masalah kekurangan makanan dapat diatasi ekoran pertambahan populasi, selain ia juga dapat menjana pendapatan penduduk.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Mesra Rakyat Daerah Bandar Baharu yang diadakan di Dewan Seri Serdang.
“Sekarang ini di bawah program pertanian, kerajaan negeri sedang elak daripada menjadikan tanah sesak dengan pembangunan, tetapi kita berusaha untuk bangunkan pertanian.
“Seperti di Belanda, sebuah negeri kecil di Eropah tetapi penumpuannya dalam bidang pertanian, khususnya dalam bidang tenusu dan daging yang bukan sahaja untuk negeri sendiri, malaj dapat menampung seluruh negara Eropah. Saiz kecil, tapi hebat keluarannya.
“Jika tanah banyak, tapi tak dibangunkan, lama-kelamaan akan habis dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga, tapi jika dibangunkan untuk pertanian, hasilnya semakin bertambah,” ujar beliau.
Tambah beliau, bagi mengatasi masalah lambakan bahan mentah pertanian, kerajaan negeri juga berusaha membangunkan program hiliran daripada produk pertanian.
“Seperti di Singapura, ada seorang rakyat yang tiada pokok kelapa sawit, tetapi berjaya hasilkan produk daripada kelapa sawit. Melalui program ini kita juga dapat membantu rakyat manjana pendapatan,” ujar beliau.
Pertanian bukan sahaja melibatkan tanaman, malah sumber protein seperti ikan yang amat diperlukan dalam sumber makanan.
Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif membangunkan sektor akuakultur, yang mana dunia turut mengalami kekurangan sumber protein ini.
“Hasil perbincangan dalam NCER, Kedah telah setuju untuk jadikan Langkawi sebagai zon akuakultur ikan laut kerana permintaan luar negara begitu banyak kepada negara kita.
“Dalam masa terdekat ini, kerajaan negeri akan ke Mesir untuk bincang dengan Kementerian Pertanian Mesir mengenai jualan ikan ke Mesir. Kedah akan jadi pilot projek sektor ini dan negeri-negeri lain bakal menyusul kemudian,” jelas beliau.
Sungai di Kedah akan diperindahkan
Terakhir dikemaskini (Ahad, 25 Julai 2010 12:09) Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR - www.kedah.gov.my Ahad, 25 Julai 2010 12:01
ALOR SETAR, 15 Julai: Sungai Kedah akan diperindahkan dan usaha yang berterusan akan dijalankan dengan mengambil kira suasana persekitaran yang ada dalam usaha menjadikan sungai ini sebagai salah satu daya tarikan pelancong.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, perbincangan akan dilakukan untuk memastikan bahawa Sungai Kedah mampu menjadi daya tarikan.
“Ia juga bersesuaian di mana kita perlu mengambil kira rezab sungai yang dihuni penduduk sepanjang sungai ini sebelum merobohkan setinggan yang ada di sini,” katanya.
Beliau menjelaskan, perancangan yang lebih tersusun perlu ada dalam usaha mengindahkan Sungai Kedah yang ada sekarang ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan menyusuri sepanjang Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit selama dua jam di sini.
Amiruddin berkata, pada peringkat awal, pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam usaha memastikan Sungai Kedah yang bermula dari Sungai Kilat sehingga Ampang Jajar ke Istana Anak Bukit untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
“Mana-mana setinggan yang ada dipersisiran sungai berkenaan akan dirobohkan dan kita akan memperindahkan kawasan berkenaan dan kemungkinan, kita akan mencari dana untuk melaksanakan penyelenggaraan projek itu,” ujarnya.
Tambahnya, kerjasama daripada jabatan-jabatan contohnya, Jabatan Bandar dan Desa serta lain-lain jabatan amat diperlukan dalam usaha bersama-sama menjayakan projek itu.
Sementara itu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Haji Bashirudin Haji Abdul Jamil berkata, UPEN mempunyai satu program iaitu bengkel bersama penduduk dan pihaknya akan meminta pandangan daripada mereka dan tanpa kerjasama daripada penduduk di tepi-tepi sungai, pelaksanaan itu tidak akan berjaya.
“Kita berharap kawasan di persisiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit tidak akan menjadi tempat pembuangan sampah,” jelasnya.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah, Haji Ab. Qahar Osman berkata, pengusaha restoran perlu diberi kesedaran dalam usaha menjaga persekitaran sungai agar berada dalam keadaan bersih dan indah.
“Kita perlu sentiasa mempunyai program secara bersama terutama dalam aktiviti menjaga persekitaran sungai di mana waktu sekarang musim hujan,” katanya.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi dan Pengarah Urusan Bina Darul Aman Berhad, Dato’ Jahubar Sathik.
Halaman 1 daripada 2
- Mula
- Sblm
- 1
- 2
- Seterusnya
- Tamat



oo.. patut la dennis tau.. rupanya ba...
hantu kat rumah hang ada la.....
assalamualaikum, sy ingin mdapatkan m...
mudahan allah panjangkan umur tun gur...