Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar

Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar

PDFCetakemel

CATATAN PERJALANAN

BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Selatan Myanmar… Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar.

Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu. Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang saya pakai, biar nampak macam orang tempatan yang biasanya nelayan-nelayan tidak pakai cermin mata, bila melalui pusat kawalan sempadan di pertengahan jalan.


Hal ini dilakukan supaya saya tidak ditahan imigresen kerana tidak tunjukkan pasport, menunjukkan betapa mudahnya menyeberang sempadan laut dari Myanmar. Tongkang kami terus membelah lautan kecil itu hingga ke distinasinya. Dari jauh nampak kesibukan penghuni-penghuni pulau kecil itu. Ramai orang Islam di situ. Menarik, bila sampai, saya lihat pekerja-pekerja kontek yang lelakinya mengangkat batu-bata cuma pakai kain pelikat, disenteng ke paras lutut sahaja.

Mereka lihat saya sebagai orang luar beragama Islam dengan begitu mesra. “As-salamu ‘alaikum?” Sapa saya.

“Wa’alaikumus salam warahmatullah!” Jawab salah seorang dari mereka.

Saya pergi solat sunat ke sebuah masjid di situ. Keluar dari masjid, tiba-tiba seseorang memberi salam dan bertanya saya dari mana…

“Dari selatan Thai.” Jawab saya.

“Heiyy.. Hang habak betui-betui, Aku tengok cara hang pun aku tau.. hang dari Malaysia.” Jawabnya dalam bahasa loghat utara. Kami bersalaman. “Jangan takut.. Di sini aman. Tak dak kacau-kacau. Jom kita jalan sama-sama.”

Begitulah, sesudah kami berjalan-jalan sekitar pekan itu, dia perkenalkan ramai kawan-kawannya, yang semuanya berbahasa Melayu loghat Kedah. Saya seolah-olah berada di negara sendiri, bukan di Myanmar lagi. Saya melawat beberapa kedai yang berderetan. Ada sebuah kedai berisi biji gajus, juga disebut ‘janggus’, yang penuh di dalamnya. Mungkin dari situlah dieksport ke Thailand. Banyak juga kedai yang menjual batu-batu permata dari Myanmar.

Begitu juga gelas-gelas dan barangan kaca mungkin buatan China. Ada peti besi bertulis ‘Made in Malaysia’ macam yang pernah digunakan oleh nenek saya di kampung Pulau Pinang dulu. Sakarang dah tak ada lagi. Ada minyak atar atau minyak wangi cap ular, juga sekarang sudah tak nampak lagi digunakan di Malaysia, kerana dulunya memang termasyhor. Ada minyak panas berjenama terkenal di Malaysia dulunya, iaitu ‘Tiger Balm’.

Di situ sempat pula seorang wanita muda jelita bertudung kepala, mungkin anak taukeh kedai itu bertanya saya, “Encik dari Malaysia? Boleh tolong dapatkan maklumat bagaimana saya nak masuk ke Unversiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara encik?” Begitu, anggapan dan harapan mereka terhadap perkembangan Islam di negara kita. Lepas itu dalam perjalanan pulang, saya singgah di sebuah pulau bernama Pinggai, erti bahasa Melayunya ‘Tempayan Pecah’. Pulau tersebut walaupun bersempadan dengan Myanmar tetapi masih dalam negara Thai.

“As-salamu ‘alaikum? Selamat datang ke Pulau Ping Gai!” Kata pengulu pulau itu, semasa saya sampai di jeti pelabuhan dan berkenalan dengannya.

Ahli keluarganya yang bernama Tok Adam mula-mula meneroka pulau itu kira-kira ratusan tahun lalu. Adam berasal dari negeri Kedah, Semenanjung Tanah Melayu. “Tu pasai kami di sini semua cakap bahasa Kedah. Semua penduduk di sini beragama Islam. Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini. Macam tu jugak di Pulau Tongtong di sempadan balik sana.. di Myanmar. Semuanya Islam, cakap Kedah belaka. Depa pun kawan-kawan kita jugak.” Katanya lagi.

“Al-hamdulillah!”

“Jom ke rumah saya. Kita makan-makan. Lepas tu, kalau nak jalan-jalan melawat pulau ni boleh la. Hujung sana ada sebuah masjid, sekolah taman bimbingan Islam, cikgunya mai dari Pattani dan ada juga sebuah pusat kesihatan kecik kerajaan…”

Dari jeti saya diiring ke rumahnya. Di perjalanan anak mereka sedang mandi-manda di air laut yang sedang pasang. Berbogel.. dan terjun, menyelam, berkejar-kejaran. Ikan-ikan kecil berlarian di air yang bagaikan cermin jernihnya. Se sampai di rumahnya, isterinya terus masak nasi tengahari dengan ikan besar yang baru di tangkap dari laut sebagai lauk. Bila dimakan jelas terasa lemak manis dan sedapnya. “Al-hamdulillah! Allah pertemukan saya dengan mereka yang se agama di sini, tidak disangka-sangka!” Kotak fikir bergolak.

“Kalau nak jalan-jalan di pulau ni, silakan! Nak tidur dan bermalam di sini pun takpa, rumah saya sentiasa terbukak!!” Katanya ikhlas mempelawa saya. Saya sempat melawat sekitar pulau itu dan akhir singgah solat di masjid.

“Maaf. Saya memang suka tidur di sini, tetapi saya sudah berjanji dengan seseorang untuk tidur di rumahnya di bandar Ranong malam ini.” Saya jelaskan.

“Oh, kalau lagu tu takpa. Takpa nu. Kalau ada umuq lain kali kita jumpak lagi, insya Allah!!”

Masih terngiang-nyiang di telinga saya, pesanan akhir darinya sewaktu menghantar saya di pelabuhan. Katanya, “Bila hang sampai di Malaysia jumpak orang Kedah, kalau ada kesempatan kirim salam kat depa nu, kata kat dia… Nun jauh hampiaq ribu-ribu batu dari negeri hampa di ujung selatan Burma sana, ada sekumpulan manusia yang sama keturunan dengan hampa sama-sama Kedah, sama-sama cakap Kedah sedang teringat dan rindu kat hampa. Mai la ziarah kami, bila-bila masa saja, kami sentiasa tunggu dengan gembira! Mai la!!”

Hal ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersambung.. Insya Allah.

Sila ikuti catatan perjalanan penulis ke Kemboja, Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina, Pakistan dan Saudi Arabia di blog penulis bawah tajuk-tajuk berikut:

i. Orang Melayu Kemboja I & 2
ii. Demontrasi Adalah Tunjuk Perasaan I & 2
iii. Wanita Muda Kehausan I & 2
iv. Kerdipan Sebelah Mata Pelacur 1 & 2
v. Jajah Melalui Fikiran, Budaya & Filem…

Catatan Perjalanan: http://ibnuhasyim.blogspot.com (e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ) 15-04-08KL.

Comments (18)
  • ikhwan  - Tak sangka...
    avatar
    Tak sangka pula ada orang yang bertutur menggunakan loghat Kedah di Myanmar.

    :lol:
  • naim_firdausi  - wilayah Kedah
    Assalamualaikum.



    Dalam kajian saya, negeri Ranong dan Bokpian dikatakan kawasan yang ditadbir oleh Sultan Ibrahim
    atau Tunku Anjang Johan Ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin. Kawasan tersebut memang berbahasa
    Melayu loghat Kedah seperti di Kurung Hitam Kubang Pasu. Manuskrip Melayu seperti Dandan Setia dan
    Syair Siti Zubaidah didendangkan pada majlis keramaian. Saya tidak sempat ke Ranong dan Bokpian
    kerana sekarang masih menyiasat beberapa manuskrip Melayu yang tersimpan di Republik Islam Iran.



    Naim Firdausi/Penyelidik

    Almustafa International Universiti

    Islamic Republic of Iran
  • ikhwan
    avatar
    Saudara Naim Firdausi,

    Terima kasih kerana sudi berdiskusi di sini. Agak lama blog saudara tiada post baru.... :)
  • naim_firdausi  - salam ikhwan
    salam Ikwan,



    saya berada di Iran, di sini susah nak sign in dlm blogspot... saya tidak dapat aktifkan blog
    saya...



    Sebelum saya ke sini saya ada bertemu ramai sahabat2 kita dari negeri Ranong & Bokpian, mereka
    sungguh ramah dan fasih bertutur bahasa Melayu Kedah.



    Khabar mereka angkatan kedah diketuai Sultan Ibrahim Anjang Johan, putera raja Kedah dengan 7
    bahtera belayar pergi membuka negeri baru di sana....
  • ikhwan
    avatar
    Salam kembali saudara Naim Fidausi,

    Agak menarik cerita saudara, Kalau tidak keberatan kongsi-kongsi bersama kami di sini cerita saudara
    itu.

    :) :) :)
  • boonlertprang
    Sy berjumpa dgn beberapa org dr sana di negara kita. Sungguh menarik ttg mereka ini. Rupa-rupanya
    besar juga bumi melayu ni. sy merancang utk ke sana utk melihat kehidupan org melayu myanmar.
  • nina
    saya pernah ke sana....memang ada orang melayu yang mengamalkan kehidupan seperti di Malaysia....dan
    saya ada merujuk al tarikh salah silah negeri kedah.....ternyata tercatat penghijrahan anak raja
    kedah ke sana.
  • nina
    mereka mempunyai pegangan agama islam yang kuat.terdapat sek pondok yang mengajar agama islam kepada
    masyarakatnya.masyaratkatnya juga belajar menulis dalam bahasa melayu selain bahasa myanmar.
    Bahasa Melayu yang digunakan apabila dikaji semula....kebanyakannya bahasa melayu lama.......namun
    kini ia mengikut peredaran masa.
  • Mohd Radzi bin Zakaria  - Eh seronoknya...dengar cerita ni...
    Assalamualaikum..wbth...Saudara Naim Firdausi....entah mcm mana saya tertaip soalan..BAGAIMANA
    MELAYU BOLEH WUJUD DI MYANMAR...so dari situ maka keluarlah artikel saudara naim ni....saya benar2
    terkejut sebab ada juga org yg sudi untuk membuat kajian tentang bahasa melayu di Selatan
    Myanmar...untuk pengetahuan saudara salah seorang org yg anda sedang kaji itu adalah saya sendiri yg
    memang lahir di bumi myanmar dan sekarang sedang menetap di Malaysia sebagai penduduk tetap..saya
    pun sedang mengkaji melalui pembacaan,catatan sejarah,cerita2 dari datuk nenek saya,org2 tua mengapa
    kami berada di selatan myanmar...setelah membaca pelbagai komentar memang benar,pendapat dan
    pandangan dari pembaca tentang mengapa melayu berada di sana sama dengan apa yg telah diceritakan
    oleh datuk nenek moyang saya kepada saya...memang kami ( bukan nak bangga plak tau ) adalah dari
    keturunan raja-raja melayu kedah dulu...tapi masalahnya tahun kami kesana tu masih dalam kajian
    saya..kalu saudara dapat kaji lebih mendalam lagi tolonglah maklumkan kepada saya...melalui email yg
    saya bagi...sekian.anak melayu tulin selatan myanmar..kini pekan pahang...
  • Mohd Radzi bin Zakaria  - lupa email
    lupa plak...my email...

    zarifmubarak@yahoo.com
  • Mohd Radzi bin Zakaria  - kalu boleh..
    salam nina...

    kalu tak keberatan boleh tak maklumkan apakah judul buku sejarah yg nina kaji tentang tarikh salah
    silah anak raja kedah yg berhijrah ke sana...sekali ngan pengarangnyer yer..tq..
  • Naim Firdausi  - BAGAIMANA
    Mohd Radzi bin Zakaria.



    assalamualaikum,



    Saya hanya mendengar dari cerita lisan angkatan Sultan Ibrahim/Tunku Anjang Johan ibni Sultan
    Muhammad Jiwa beserta panglima-panglima Kedah belayar membuka negeri. Sedikit maklumat dari internet
    ialah:



    2) H.H. Tunku Anjang Johan ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-'Adilan Mu'azzam Shah, Tunku
    Sri Maharaja di-Raja Sengara, of Laut (s/o Nang Che' Puan). Granted Tongkah, Trang, Kupa and
    Rundung. Settled in Padang, in Pariaman, Sumatra. http://www.royalark.net/Malaysia/kedah4.htm



    Maka sebab itulah nama2 tempat di sana masih dalam bahasa Melayu. Setakat ini saya belum boleh
    melanjutkan kajian kerana masih berada di luar negeri. saya sudah mencatat sedikit maklumat namun
    tertinggal di Malaysia...
  • Radhi  - Kisahku
    Salam ukhuwah buat Naim n Sahabat2 semua..



    Terima kasih Naim feedback dari saudara...setakat ni saya masih lagi tercari-cari bilakah agaknya ye
    tarikh / tahun anak raja kedah yg bernama Sultan Ibrahim / Tok Anjang Johan tu beserta 7 bahtera
    belayar ke sana...

    Maklumat terbaru yg saya dapat dari bapa saudara sepupu saya yg baru saja datang dari Myanmar
    tentang kubur Sultan Ibrahim / Anjang Johan memang ada di sana .Nama tempat terletak makamnya ialah
    di Bukit Kampung.Dia kata kuburnya itu panjang kira-kira dari batu nisan ke batu nisan ialah 7
    kaki.Batu nisan itu pula menurut kisahnya di bawa dari Pulau Pinang,menggunakan batu jenis cantik
    dan bernilai tinggi harganya.manakala berdekatan dengan makamnya itu terletak beberapa buah lagi
    makam diraja juga merupakan saudara kaum kerabatnya...

    Saya ada bertanya juga dari dulu hingga kini dimana lagi tempat2yg diduduki oleh orang2 melayu di
    sana.Tempat-tempat kedudukan orang-orang melayu di sana adalah seperti berikut:

    1.Sungai Buaya

    2.Tanjung

    3.Balik Bukit

    4.Pasir

    5.Pulau Johor

    6.Kampong ( Bukit Kampong )

    Terletaknya makam Tok Anjang Johan/Sultan Ibrahim.

    7.Kampung Atas

    8.Beletong

    9.Bukit Tiram

    10.Padang Badak

    11.Ulu Cedin

    12.Sungai Nipah ( Tempat lahir saya )

    13.Pasir Ru

    14.Sungai Kedu

    15.Seberang

    16.Bokpian

    17.Sungai Siput ( byk pondok2 pengajian di sini )

    18.Sungai Ubi Ara

    19.Pulau Telang

    20.Pulau Darat

    21.Pulau Pisang

    22.Sakit Buloh

    23.Teluk Batil

    24.Tanjung Pulau

    25.Pulau Balai

    26.Sungai Balai

    27.Teluk Besar

    28.Pasir Merah

    29.Teluk Cina

    30.Champang

    31.Mek Putih

    32.Tanjung Badak

    33.Sepuluh Batu

    34.Sungai Gelama

    35.Pulau Tuntong

    36.Pulau Dua



    Inilah nama2 tempat tinggalnya orang2 melayu di sana.ada lagi nama2 melayu lain seperti Pulau Nenas
    tetapi tiada penghuni di sini,cuma sekadar nama sahaja.Tetapi sekarang orang2 melayu dah semakin
    berkurang di sana disebabkan sudah ramai yg telah berhijrah ke Malaysia.Penghijrahan orang-orang
    melayu dari Myanmar ke malaysia bermula pada akhir tahun 1979 dulu hinggalah sekarang.



    k cukup dulu untuk setakat ini nanti kawe sambung lagi ok...
  • naim_firdausi  - Melayu di Myanmar
    Salam ukwah kembali, terima kasih kerana memberi maklum balas, orang tua-tua memanggil Sultan
    Ibrahim sebagai tok Anjang, kekanda beliau dikenali sebagai Tunku Long Putra atau Tok Johan dan ada
    maklumat beliau disemadikan di kampung Kepala Bendang, saya pernah menghadiri perjumpaan waris-waris
    Tok Putra yang turut dihadiri keluarga Tok Anjang Johan dari negeri Mnyanmar... Mereka turut
    membentangkan kisah2 angkatan putera Raja Kedah @ Tok Johan ke Pulau Balai, walaupun mereka
    gagal memberikan tarikh bersejarah tersebut, saya gembira keluarga Tok Anjang dan Tok Putra dapat
    bertemu dan saling kenal mengenal, ukhwah terjalin apabila saya diundang bertamu di rumah mereka
    beberapa kali. Insyallah saya akan hubungi mereka lagi sekembalinya ke Malaysia.
  • Mohd Radzi Zakaria  - salam aidilfitri...
    :) Assalamualaikum...

    apa khabar saudara semua..semoga kita semua sihat walafiat...buat naim...ada kat mana skg..lama gak
    tak bermsg ni...

    semoga kedatangan yg mulia ini akan lebih menambahkan ikatan ukhuwah antara kita..

    maaf andai ada salah dan silap sepanjang berbicara dalm masa berhubung ni...
  • rgregrtg
    :woohoo: ;) ;) :P :dry: :kiss: :X :X :lol: :confused: :P :P hahahahahahahha :) :) :)
    :) :) :) <img src=ide:' title=':side:' class='postemoticon' /> <img src=ide:' title=':side:' class='postemoticon' /> :(
  • Ja
    semakin dikaji salasilah melayu,
    semakin menarik ceritanya,
    semakin banyak fakta yang disembunyikan,
    semakin banyak fakta yang didedahkan
    semakin banyak rasa ingin tahu untuk dikaji


    blh gi pape kontek org melayu yg de kat selatan burma dan sekitarnya ???

    jika dipanjangkan umur akan dijejaki bumi melayu myanmar dgn izin allah ...

  • Mohd Radzi  - melayu gemilang
    salam semua....



    kawe amat mengalu-alukan kepada semua rakyat malaysia yg ingin mengkaji sejarah mengapa melayu kedah
    berada di bumi myanmar...fakta sebenar akan diperoleh jika ada pihak yg benar2 ingin mengkaji
    kegemilangan islam di sana....selagi rahsia sebenar tidak diperoleh selama itulah melayu myanmar yg
    berada di malaysia sekarang akan dianggap yg bukan2...selamat mengkaji...
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.