Cerita Pekan Kuala Kedah Waktu Dulu...

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Cerita Pekan Kuala Kedah Waktu Dulu...

Cerita Pekan Kuala Kedah Waktu Dulu...

PDFCetakemel

Saya sebenarnya bukan arif sangat untuk menggambarkan tentang suasana Pekan Kuala Kedah diwaktu dahulu. Semasa kanak-kanak dahulu kami lebih suka menyebut Kepala Batas atas Batas saja bagi merujuk kepada Pekan Kuala Kedah. 'Pekan' pula merujuk kepada bandar Alor Setar. Batas (Pekan Kuala Kedah) terletak dari Lampu Isyarat sekarang hingga ke Bangunan Jabatan Laut/Kastam.

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan di sini daripada perniagaan, menjual ubat, menjaja,pertunjukan pentas hinggalah tempat kempen politik. Seingat saya sebelum kebakaran besar 1968 (sebelum DEB dilancarkan) tiada kelihatan langsung kedai kepunyaan/milik orang Melayu di Batas. Yang ada hanya kedai kaum Cina seperti Guan Hong, Ah Sang(Kedai Papan), Kedai Cina Baru (kedai runcit), Kedai Pagar (kedai runcit barang makanan), Kedai Jahit Ah Ngan, Kedai Kopi Panjang dan sebagainya.Kedai Cha Uu dan Kedai Katok Kambing pula terletak di Kampong Hilir

Di satu sudut di 'Batas' terdapat sekelompok kedai kepunyaan masyarakat India Muslim yang menjual kain ela dan rempahcabai. Antara mereka ialah Kadir (bapa Dr.Uma Salmah), Ishak, Ismail, Rahman (bapa WahabRos Restoran) dan lain-lain. Aktiviti menjaja dan menjual ubat biasanya dilakukan disebelah petang. Apabila ada penjual ubat maka ramailah orang mengelilingi si penjual ubat tersebut apatah lagi kalau produk jualan adalah ubat untuk kegunaan lelaki dewasa.

Pada waktu pagi, Batas terkenal dengan apombalik yang diusahakan oleh Pak Man Apom Balik dari Kampong Kilang Ais. Bagi penggemar nasi lemak, nasi lemak Majid amat populer pada tahun 60an dan 70an manakala mi basah Mastan dan Shah Jahan juga digemari oleh warga Kuala Kedah pada masa itu. Bagi penggemar ais kepal atau ais kacang, kedai ais kacang Mamak Sudin menjadi pilihan. Selain dari itu terdapat juga jualan sate yang diusahakan oleh Pak Leh dari Kampong Ulu dimana ianya dijual pada waktu petang di sebelah Kedai Kopi Ginko.....

Di kawasan lapang berhadapan rumah Cikgu Omar dan Pejabat Jabatan Laut/Kastam pada akhir tahun 70an dan awal tahun 80an pernah diadakan pertandingan nyanyian. Saya tidak ingat siapakah penganjurnya tetapi diantara Ahli Jawatankuasa penganjur ialah Cikgu Osman Tok Sulong seorang anak tempatan yang agak aktif juga pada masa itu dibidang kemasyarakatan. Pada pertandingan talent time yang dianjurkan disitu pada akhir 70-an, di antara pesertanya ialah Cikgu Sulaiman yang mendendangkan lagu 'Semalam Di Kuala Trengganu'. Beliau muncul sebagi Johan dalam pertandingan itu. Para pengadil adalah terdiri dari anak tempatan dan kalau tidak silap saya ialah Cikgu Mansor Hanafi dan Cikgu Mahmud Zain. Pengacara majlis pada malam itu ialah Jamilah Napiah kini guru sekolah di Bukit Mertajam.

Pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Kuala Kedah pada awal 80an, tidak sempat saya tontoni kerana bertugas di Padang Besar pada masa itu. Pengacara majlis pada malam tersebut ialah seorang gadis manis iaitu Sharifah Rodziah Syed Salim (anak kepada Tuan Syed Salim dan Mak Ngah Hatiah) kini seorang guru di Seremban,Negeri Sembilan. Begitulah diantara suasana yang mewarnai Pekan Kuala Kedah pada masa sekiatar 60-an, 70-an dan 80-an.

- http://kolakedah.blogspot.com 

Comments (7)
  • Paklong  - Paklongdotnet
    Kena cerita juga kesah budak-budak Kola (termasuk juga orang dewasa ) yang terpaksa berdiri ditepi
    Kedai Kopi Cina (hampir jeti sekarang ini) untuk melihat siaran Telivisyen. Masa tu orang yang mampu
    beli TV tak ramai.



    Ada juga yang buat bisness dengan mengutip duit daripada orang nak tengok TV di rumah mereka.



    Terima kasih
  • ikhwan
    avatar
    paklong,

    Kalau paklong ada cerita,Mai la kongsi.

    :) :) :)
  • ct anak che amah napiah  - anak kuala kedah
    Cikgu Jamilah Napiah adalah ibu saudara saya. Hehehe..
  • sa  - weqe
    :angry: :angry: :angry: :( :P :X :X :X :angry: :0 :confused: :cheer: :evil: :evil:
  • Saulina  - Kisah budak kola
    Saya membesar di kola area tahun 80an walau dah banyak berubah tetapi nama yang dicatat oleh penulis
    saya kenai ....kisah p tengok tv rumah orang.. abang dan kak saya adalah antaranya paling popular
    combat dan gambar melayu
  • sharifah azian
    Salam semua warga kola dan yg sewaktu dgn nya

    :D :D :D nostalgia yg indah :woohoo: :woohoo: saya anak jati kola kedah..sharifah rodziah syed
    salim adalah saudara saya jugak...rumah dia dekat dgn rumah saya...taman sri putra...rumah saya
    depan padang bola. Dulu saya sekolah di Sek Sebrg Nyonya...cikgu dlm kenangan...cikgu zakaria,
    cikgu bashah... cikgu azizan....dll.



    Dulu ada wayang lengkung yg dikendalikan oleh Pak Hussin Gulam...la ni dia dah pencen dok jaga
    cucu...tapi masih dok jumpa...anak dia Gulam azhar adalah rakan sekerja saya sekarang.
    ohhhhhh....syoknya bila teringat zaman kanak2 di kola kedah..



    :( :( Tak syok nye bila teringat kejadian kebakaran :( :( masa tu kami dok dlm kelas tengah
    belajar masa kejadian. Bertempiran lari...cikgu dah x bleh kontrol dah...kelam kabut sungguh. Aik
    ...dah celoteh panjang ni...maaf ler klu bosan baca.....jumpa lagi.... :( :( wassalam
  • nora
    Arwah mak saya orang kola, kg baru. Sekali-sekala balik kola tengok tok. Masa tu nak p mana2, pi
    kedai ka... jalan kok titi sepanjang sungai tu. Nak tengok TV pi tengok dekat qumah orang, bayaq la
    sekupang sorang. Space 1999 memang tak penah miss... hihi. Kat kampung tu ada public toilet!
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.