AMAR

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

AMAR

AMAR

PDFCetakemel

 

Sekiranya anda peminat lagu-lagu nasyid, pastinya mengenali AMAR. Antara lagu-lagu beliau yang popular adalah seperti cebisan kenangan, nurul iman  dan banyak lagi. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album beliau kebanyakannya bertemakan kasih-sayang sama ada kasih sayang di antara makhluk dan Pencipta atau kasih sayang sesama manusia. 

Berikut adalah maklumat tentang AMAR yang diambil dari laman web beliau :

Tentang AMAR:

AMAR adalah seorang artis yang agak pendiam, tetapi ramah apabila didekati. Beliau amat meminati bidang seni sejak kecil lagi dan dipengaruhi oleh suasana keluarga seni, justeru, banyak menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seni muzik, seni suara, lukisan dan sebagainya daripada keluarganya sendiri. Berasal daripada keluarga yang amat sederhana yang menjadikan AMAR juga sebagai seorang yang sederhana dari pelbagai aspek kehidupan. Sifat semula jadinya yang suka menghiburkan khalayak telah merealisasikan impian beliau untuk bergelar artis solo nasyid setelah dilamar oleh syarikat rakaman Telaga Biru Sdn. Bhd. untuk  menghasilkan albumnya. AMAR juga menampilkan kebolehannya dalam seni silap mata ketika di pentas kerana menurutnya, silap mata adalah seni yang paling halus dan dapat menghiburkan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, darjat dan usia. AMAR akan terus menghasilkan hasil karya seninya selagi mendapat sokongan yang padu daripada semua dan semoga dengan kehadirannya, akan mencetuskan ‘Paradigma Seni Terkini’.

Biodata:

Nama Penuh     : Arif Muazzim Abdul Rahman

Nama Samaran   : AMAR

Tarikh Lahir   : 25.10.1981

Tempat Lahir   : Pulau Pinang

Umur           : 25 Tahun

Status         : Bujang

Asal           : Kedah  

Alamat Rumah   : 31, Taman Permai, 09300 Kuala Ketil, Kedah

Alamat Syarikat  : R4-4-402, Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara
                   52200 Kuala Lumpur  

Syarikat Rakaman : Telaga Biru Sdn. Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd

Alamat Sykt. Rakaman : Telaga Biru Sdn Bhd, 79-1B, Jalan Raja Abdullah,
                       Kg.  Baru, 50300 K.Lumpur

                     : Hijjaz Records Sdn Bhd, 42A, Jalan PJU 5/9,
                       Dataran Sunway, Kota Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

E-Mail               : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Profesion            : Pemegang Ijazah Undang-undang UIAM, Penerbit,
                       Penyanyi, Ahli Silap Mata, Penyusun Muzik, Komposer
                       Lirik dan Lagu dan Kartunis Sambilan.

Pendidikan           : Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Kedah
                       Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
                       Universiti Islam Antarabangsa (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang)

Nama Ibu & Kerjaya   : Siti Aishah Abdullah (Pesara Guru)

Nama Bapa & Kerjaya  : Abdul Rahman Saad (Pesara Guru & Pekebun)

Bil. Adik Beradik    : Anak ke 4 dari 5 orang adik beradik (pada asalnya 6 orang tetapi abang yang sulung telah meninggal                  dunia)

Hobi                 : Mencipta lagu, Bermain Muzik, Melukis, Membaca, Menonton DVD

Makanan Kegemaran    : Ketam Goreng, Cendawan Goreng, Terubuk Goreng

Minuman Kegemaran    : Teh Tarik, Air Kelapa, Air Suam

Idola Hidup          : Rasulullah S.A.W

Motto Hidup          : "Berhikmah Dalam Apa Jua Perkara"

Slogan               : "Rasulullah Ikutan Terbaik"



Antara penglibatan AMAR di dalam aktiviti seni, kemasyarakatan dan pendidikan.

    * Juara Pertandingan Akhir Nasyid Minggu Ini 2004 Anjuran JAKIM Dan RTM
    * Finalis Anugerah Industri Muzik 2004, Anugerah Carta Nasyid IKIM 2004, Anugerah Belia Remaja - Ikon Berita Harian,     Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
    * Anugerah Pelajar Paling Aktif Sek. Men. Keb. Agama Kedah 1998.
    * Album-album Terbitan AMAR - Kiasan Naluri (2003), Diari Rindu (2005), Diriku (2007).
    * MTV Karaoke (2004), 3D AMAR (2007)
    * VCD IPT Magic (2005).
    * Buku Silap Mata (2006)
    * Buku Motivasi (2006)
    * Buku Kartun Solo (2006)
    * Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM.
    * Pengarah Urusan Impian Production.
    * Penulis Buku
    * Penceramah Motivasi
    * Jurutera bunyi dan studio.
    * Pengacara Rancangan TV (Bila Takbir Bergema - RTM1 2005)
    * Hakim pertandingan nasyid dan nyanyian
    * Mengadakan Program Motivasi, kem dan bengkel.
    * Mencipta lagu dan lirik Cinta Pertama nyanyian kumpulan Far East (2005)
    * Menghasilkan Muzik Latar, Muzik Tema dan Muzik Montaj untuk TV, Radio dan Jabatan Kerajaan dan Korporat. Antaranya     untuk rancangan Salam Nusantara Musim 1,2,3,4(RTM1), Salam Timur Tengah (RTM2), Salam OIC (ASTRO), Kembara Vietnam     (RTM), Syahadah (RTM) Rancangan TV Pendidikan, Kolej Tun Sri Lanang (RTM1), lagu tema Lembaga Akreditasi Negara, lagu     tema sekolah seperti Sek.Men.Keb Agama Kedah, Sek.Men. Keb. Agama Baling, Sek. Keb. Merbau Pulas dan lain-lain
    * Kartunis Sambilan Majalah berunsur Islam dan Dakwah
    
    * Mengadakan Persembahan Nyanyian termasuk Silap Mata di seluruh negara termasuk di negara-negara jiran seperti     Indonesia
    * Menghiburkan anak-anak yatim
    * Model
    * Menerbitkan album 'underground' seperti album untuk kumpulan Sabda; 'Perhitungan'(1999), 'Saya Cinta Islam'(2000),     'Impian'(2001); Al-Amin 2001 (Kumpulan Nasyid Kanak-kanak); Al-Faradis (2001)
    * Menerbitkan Album Lyn; 'Mencari Ketenangan'(2007)
    *    Penglibatan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (1994-1998)
    * Johan Pidato Piala Di Raja
    * Johan Syarahan Agama terbuka anjuran Pemuda PAS Kedah
    * Naib Johan Pidato Piala Kementerian
    * Pengerusi Kelab Nasyid
    * Pengerusi Kelas Kemahiran Al-Quran
    * Pengerusi Kelab Seni Kreatif
    * Johan pertandingan lukisan kartun
    * Johan pertandingan lukisan bebas
    * Johan pertandingan marhaban
    * Mewakili Kedah pertandingan nasyid zon utara
    * Fasilitator program, kem dan bengkel motivasi dan pengawas.
    * Dan lain-lain.  


Sumber: www.amar.com.my
Comments (10)
  • Izam
    bukan amar ni pelukis kartun tu ke?... juga penulis buku motivasi tu?
  • ikhwan
    avatar
    Ya, Amar juga pelukis kartun dan penulis buku. Terbaru, buku mengenai Silap mata kot.. :)
  • Anonymous
    <img src=hock:' title=':shock:' class='postemoticon' /> :X <img src=ide:' title=':side:' class='postemoticon' />
  • aizawa khairul  - yyufgvuyweg
    assalammualaikum...amar :cheer:
  • nur islam
    eh abang Amar, birthday abang sama dengan ana la. Ana anak ke-2 dari 5 beradik. Ana pun ada abang,
    sepatutnya abang ana anak no.2. Tapi dia dah meninggal dunia.
  • bahiyah  - abg amar tgh buat ape?
    abg amar saya peminat lagu2 abgamar :)
  • ikhwan
    avatar
    Salam Ramadhan,

    Saudara/i aizawa khairul, nur islam dan bahiyah . Artikel mengenai AMAR yang disiarkan di sini
    dipetik dari laman web amar.com.my .

    Untuk berinteraksi dengan AMAR sila kunjungi laman web beliau kerana mungkin mesej yang anda kirim
    di sini mungkin tidak dibaca/diketahui oleh AMAR.

    sekian

    *: Saya rasa Amar tidak tahu yang saya siarkan artikel yang dipetik dari laman web beliau di sini.
    :) :)
  • aman safi
    assalamualaikum
  • Anonymous
    abang amar...abang ada tak lagi buku magis tu??? kalau ada saya nak beli...ntah lah... kalau dapat
    kitab silap mata david copperfield pun boleh tahan juga...em...tapi saya berminat hendak
    belajar...tak kira berapa pun harganya
  • hadiany hidayah  - assalamualaikum
    :woohoo: semoga berbahgia dlm idop.....
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.