Wayang Kulit Seri Asun - Peralatan Wayang Kulit

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Wayang Kulit Seri Asun - Peralatan Wayang Kulit

Wayang Kulit Seri Asun - Peralatan Wayang Kulit

PDFCetakemel

Pentas

Wayang kulit dimainkan di sebuah pentas khas. Pentas ini didirikan lebih kurang 5 kaki dari tanah. Tujuannya ialah untuk mengelak penonton daripada terlangkah peralatan wayang. Panjang pentas ialah 12 kaki dan lebarnya juga 12 kaki. Tinggi dari tanah ke bumbung bagi bahagian depan ialah 7 kaki. Bahagian belakang selalunya lebih rendah iaitu, cuma berukuran 5 kaki. Dengan itu atapnya curam dari depan ke belakang. Kelir atau layar yang berukuran 12 x 7 kaki akan dipasang sebelum pertunjukan diadakan. Di bahagian bawah kelir terdapat batang pisang yang digunakan untuk mencucuk patung-patung.

Patung-patung yang berwatak baik dicucuk di sebelah kanan sementara patung-patung yang berwatak jahat terletak di sebelah kiri. Semasa bermain, Dalang duduk berhadapan kelir. Di antara kepala Dalang dan kelir tergantung sebuah lampu. Dari cahaya lampu inilah bayang patung-patung kelihatan di kelir.

 

Patung / Gambar

Patung-patung wayang kulit terdapat dalam pelbagai rupa dan bentuk. Patung ini mewakili setiap golongan masyarakat seperti golongan masyarakat anak muda, gadis, raja, permaisuri, gergasi, mahaguru, hamba, penyamun dan lain-lain lagi. Terdapat juga patung berbentuk binatang seperti harimau, singa, rusa, ikan, gajah dan lain-lain. Ia diperbuat dari kulit lembu atau kambing.

Umumnya gambar-gambar berbentuk manusia terdapat empat jenis:

  1. Patung yang hanya dapat digerakkan, cuma sebelah tangan sahaja.
  2. Patung yang boleh digerak kedua belah tangan.
  3. Patung yang kedua tangan dan mulut dapat digerakkan.
  4. Patung yang cuma sebelah tangan dan mulut dapat digerakkan

 

Watak-Watak

Terdapat enam watak penting dalam persembahan Wayang Kulit Seri Asun :

  1. Watak Raja.
  2. Watak Permaisuri.
  3. Putera Raja atau Raja Muda (watak hero dalam cerita).
  4. Tuan Puteri (watak heroin).
  5. Gergasi (watak bengis, terbahagi kepada Gergasi Jantan dan Betina).
  6. Watak Kelakar atau Pelawak:
    - Aidin Keow dan Aidin Tong adalah pelawak dalam istana atau pelawak raja.
    - Aito dan Nui Nui merupakan pelawak bagi putera atau puteri raja.
    - Aipun dan Aiteng adalah pelawak bagi gergasi.

Biasanya watak-watak kelakar dapat menghidupkan cerita di samping daya penarik dan penghibur kepada penonton.

 

Alat Muzik

Alat-alat muzik memainkan peranan yang penting dalam menghidup dan menjadikan wayang kulit sebagai persembahan yang menarik.

Muzik juga berperanan:

  1. Menyediakan atau membentuk suasana seperti suasana ghaib dah luar biasa.
  2. Sebagai suatu alat untuk berdamping dengan kuasa-kuasa ghaib yang bersangkutan dengan pementasan wayang kulit.
  3. Sebagai suatu alat untuk mengumumkan permulaan wayang kulit dan juga untuk menarik penonton.
  4. Untuk menandakan adegan dan babak.
  5. Untuk menetapkan suasana tiap-tiap satu adegan.
  6. Mengiringi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dalang.

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang Kulit:

  1. Satu biji geduk
  2. Sepasang gedombak
  3. Sepasang gong
  4. Sepasang kerincing
  5. Sebuah serunai

Geduk dan gedombak diperbuat dari kayu nangka dan tahan hingga puluhan tahun.

 

Sumber: http://memori-kedah.net

Comments (3)
  • mohd hairi asman b kassim
    kenapa di ruangan peralatan wayang kulit tidak dimasukkkan gambar serta nama satu persatu...kalau
    dimasukkan lebih banyak pengetahuan anak2 muda tentang wayang kulit...ini cuma pandangan saya..
  • ikhwan
    avatar
    Assalaamualaikum,

    Saudara Mohd Hairi Asman,

    Terima kasih kerana memberi maklum balas ini dan diatas pandangan saudara dan kita amat
    menghargainya.

    Buat pengetahuan saudara, artikel ini dipetik dari laman memori-kedah.net . Sekiranya saudara
    memerlukan maklumat lanjut mengenai wayang kulit, saudara boleh merujuk ke laman tersebut atau pihak
    Perpustakaan Awam Negeri Kedah .
  • Manit See Nam  - Sila kunjungi website kami..
    Alat musik wayang kulit sama dengan alat musik Menora. Sila lihat gambar di dalam website kami...
    http://www,pekemas.org.my
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.